Rahsia Sedekah Semua, Sapat Balik Semua

Saya ingin kongsikan sebuah kisah yang saya baca dalam majalah Solusi isu 26, bahagian Mahmudah tulisan saudara Umar M. Noor. 

Ia merupakan sebuah kisah ulama tabiin di Mesir pada suatu ketika dahulu yang mempunyai keyakinan yang luar biasa. Daripada kisah ini, anda akan dapat melihat perbezaan antara yakin dan sekadar ingin mencuba.

Ulama yang dimaksudkan ialah Hawyah bin Syuraih, digelar Abu Zur'ah, al-Tujibi dan wafat pada tahun 158H. Beliau sangat terkenal dengan sifat soleh, warak dan banyak ilmu. Mungkin itulah sebabnya Allah berkenan memberikan kelebihan tertentu sebagai karamah kepadanya.

Al-Hafiz al-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz meriwayatkan bahawa setiap bulan Hawyah akan menerima pemberian kerajaan sebanyak 60 dinar. Setiap kali menerimanya, beliau tidak akan kembali ke rumah sebelum menyedekahkan kesemua wang itu. Namun, setiap kali beliau tiba di rumahnya, beliau akan mendapati wang tersebut ada di bawah sejadahnya.

Seorang kerabatnya mengetahui kejadian ini. Beliau pun meniru perbuatan Hawyah (bersedekah dengan semua wang yang dimilikinya). Kemudian beliau segera kembali ke rumahnya untuk mendapatkan kembali wang itu. Namun, apabila melihat ke bawah sejadahnya, beliau tidak menemukan wang tersebut.

Akibat kecewa beliau segera menceritakan perkara itu kepada Hawyah. Setelah mendengar kisahnya, Hawyah menjelaskan rahsia bagaimana perbezaan itu boleh terjadi.
"Aku memberikan wang itu kepada Allah dengan yakin, sementara engkau memberikannya dengan cuba-cuba."

Sumber: Solusi isu 26

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Pemuda dan 3 Soalannya

Seorang pemuda kembali ke tanah air setelah lama menuntut di luar negara. Dia meminta bapanya mencarikan seorang guru agama, atau sesiapa sahaja yang dapat menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya bapa pemuda itu mendapatkan seorang ustaz.

Pemuda: Ustaz ini siapa? Bolehkah ustaz menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Ustaz: Saya hamba Tuhan dan dengan izinnya saya menjawab pertanyaan saudara.

Pemuda: Ustaz yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang pintar tak mampun menjawab pertanyaan saya.

Ustaz: Saya akan cuba sedaya mampu.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan;

  1. Sekiranya Tuhan itu ada, tunjukkan kepada saya yang Tuhan itu wujud.
  2. Apa yang dinamakan takdir?
  3. Sekiranya syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api? Tentu tidak menyakitkan syaitan sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir?
Tiba-tiba ustaz itu menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda: Kenapa marah saya? (sambil mengusap pipi, menahan sakit)

Ustaz: Saya tidak marah...tamparan itu adalah jawapan saya atas tiga pertanyaan tadi.


Pemuda: Macam mana pulak?

Ustaz: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu sakit

Ustaz: Jadi saudara percaya sakit itu ada?

Pemuda: Sudah tentu.

Ustaz: Tunjukkan saya sakit itu.

Pemuda: Tentu tidak boleh.

Ustaz: Itulah jawapan soalan pertama. Kita semua rasa kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Ustaz: Adakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Ustaz: Saudara pernah terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Ustaz: Itu yang dinamakan takdir. Tangan yang saya gunakan menampar saudara dibuat daripada apa?

Pemuda: Kulit.

Ustaz: Pipi saudara dibuat daripada apa?

Pemuda: Kulit.

Ustaz: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Ustaz: Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga dibuat daripada api, sekiranya Tuhan mengkehendaki, maka neraka menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan.


Semoga kita sama-sama dapat ambil pengajaran daripada soalan-soalan pemuda tadi. Fikirkan lah, andainya kita ditanya dengan 3 soalan ini, apakah jawapan kita?

Sumber : Akrab Dengan Tuhan oleh Mohd Zawawi Jusoh & Amira Hariyati Ruzaidi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Rezeki : Sempit? Lapang?

Yang asyik rasa tak cukup-cukup dengan gaji tu...pastu gaji banyak tapi habis ntah ke mana. Sama-samalah kita buat semakan .


Antara punca sempit rezeki:
  • abaikan solat
  • abaikan ibubapa


Petua lapang rezeki:
  • sedekah
  • istighfar
  • ayat 1000 dinar
  • solat sunat dhuha


Sumber : USRAH TV9 - 29/10/2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Gitar dan Perahu

Gambar-gambar Josh Pyke, penyanyi kelahiran Australia bersama perahu gitarnya berlayar di sekitar Pelabuhan Sydney pada 2009. Perahu unik ini dicipta dengan spesifikasi yang tepat dengan gitar akustik Matonnya.






Idea yang kreatif. Perahu gitar ini juga turut terpapar dalam video muzik untuk lagunya yang bertajuk Make You Happy. Macam-macamlah ragam manusia ni.

Sumber :  
http://www.abc.net.au/news/stories/2009/01/23/2472846.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Tukang Gunting Rambut dan Tuhan

Pada suatu hari, seorang pemuda pergi ke kedai gunting rambut. Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut itu tentang banyak perkara dan kemudian tiba ke perbincangan berkaitan Tuhan.

"Saya tidak percaya kewujudan Tuhan" kata tukang gunting rambut.

"Kenapa awak kata begitu?" tanya pemuda itu dengan nada terperanjat.

"Mudah saja. Saudara keluar dari kedai ini, perhatikan di jalan dan saudara akan bersetuju dengan saya. Sekiranya Tuhan wujud, kenapa ada orang yang sakit? Kenapa ada kanak-kanak yang terbiar? Sekiranya benar Tuhan wujud, pasti tidak ada kesengsaraan. Saya yakin Tuhan tidak akan membiarkan sahaja perkara sedemikian." Jawab tukang gunting rambut.


Pemuda itu senyap sahaja kerana dia tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang digunting rambut.

Selepas itu, pemuda itu meninggalkan kedai gunting rambut. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki di jalanan yang kusut-masai. Rambutnya panjang tidak terurus seperti memang sudah lama tidak mengguntingnya

Pemuda itu kembali ke kedai gunting rambut tadi.

"Awak tahu sesuatu? Saya tidak rasa tukang gunting rambut wujud!"

"Eh, bagaimana pula?" tanya tukang gunting rambut itu.

"Saya seorang tukang gunting rambut dan saya ada di sini!"

"Tidak!" Pemuda itu menafikan.

"Mereka tidak wujud kerana jika mereka wujud, sudah tentu tidak ada manusia yang berambut panjang seperti lelaki di jalanan itu."

"Ah, begitu rupanya. Habis, mereka yang tidak datang mencari saya?"

"Tepat sekali!" jawab pemuda itu. dengan sebuah senyuman.

"Tuhan memang wujud, cuma manusia yang tidak berusaha untuk mencarinya. Sebab itulah wujudnya banyak kesakitan dan penderitaan di dunia ini."

Jadi, sebagai hamba yang lemah, semoga kita berusaha untuk mendekati Allah. Ingatlah selangkah kita rapat kepada Allah, seribu langkah Allah rapat kepada kita.

Sumber : Akrab Dengan Tuhan oleh Mohd Zawawi Jusoh & Amira Hariyati Ruzaidi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Ted Williams: Gelandangan dan Suara Emas

Semalam tengok berita TV3, cerita pasal si gelandangan dengan suara emas di Columbus, US. Keluar saja suara dari mulut dia...rasa macam tak percaya.

Memang susah nak jumpa seseorang yang bersuara unik. Satu dalam seribu. Hebatnya kuasa Allah. 


Sekarang ni, disebabkan suara emas yang dimilikinya, beliau dikatakan bakal menjadi jutawan. Nasib Ted Williams berubah selepas seorang jurugambar Colombus Dispatch merakam video menunjukkan Williams memegang cebisan kertas kotak bertulis;
"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! Sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Williams juga turut bercakap di dalam video tu dengan gaya seorang penyampai radio bersuara unik. 

Malah, Williams juga menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk MTV, ESPN dan NFLSeorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat. 

Antara tawaran lain ialah menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio berjumlah AS$10,000 (RM30,725).

Sebenarnya, Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum ni tapi dia hilang pekerjaan sebab masalah ketagihan alkohol dan dadah.

Katanya;
"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya" 
Besarnya nikmat kurniaan tuhan. Bersyukurlah dengan semua nikmatnya. Siapa sangka kurniaan suara yang unik menjadikan Williams, from zero to hero. Percayalah setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Sumber:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Asap Rokok: Lemahkan Daya Ingatan

Di mana-mana saja boleh jumpa perokok. Saya memang tak tahan dengan asap rokok. Ada sesetengah perokok yang langsung tidak kisahkan orang sekeliling. Asap rokok dihembus berpuih-puih dengan "slamber" sahaja.

Bahaya asap rokok

Dewan Kosmik September 2010

Menyampah betul dengan perokok ni... tak pasal-pasal baju kita pun dah ada bau asap rokok. Itu satu kesan daripada asap rokok. OK lagi sebab bau pada baju tu boleh hilang lepas baju dibasuh.

Tapi apabila saya baca satu artikel dalam Dewan Kosmik September 2010 (baru pinjam kat perpustakaan), masalah yang lebih besar ialah asap rokok boleh mengurangkan daya ingatan seseorang. 


Asap rokok
  • 25% disedut oleh perokok
  • 75% disedut oleh orang lain (dikenali sebagai perokok pasif)
  • kurangkan jumlah oksigen yang akan sampai ke sel saraf seterusnya memberikan kesan kepada daya ingatan


Apa yang ada dalam asap rokok?

  • bahan radioaktif (polonium-201)
  • bahan yang digunakan dalam cat (aseton)
  • nikotin
  • pencuci lantai (ammonia)
  • ubat gegat (naftalena)
  • racun serangga (DDT)
  • racun anai-anai (arsenik)
  • gas beracun (hidrogen sianida) yang digunakan di kamar gas maut untuk hukuman mati
  • dan banyak lagi 


Kajian Leslie Jacobsen
Kajian Jacobsen dan pasukan penyelidikannya dari Universiti Yale pada 2005 menunjukkan 
  • remaja merokok ada daya ingatan lemah + daya kognitif (tahap penumpuan) yang rendah
  • faktor lemah ingatan : nikotin


Kajian Piccittio
Kajian pada tahun 1998 ini menunjukkan ada reseptor nikotin pada 
  • bahagian hipokampus otak yang terlibat dalam pembelajaran dan ingatan
  • bahagian otak yang mengawal emosi


Nikotin vs Asetikolina
Nikotin merupakan pesaing hebat neurotransmitter asetikolina yang menjadi penghubung penting dalam membentuk jaringan dan memperkuatkan hubungan antara neutron.



Kajian dalam "Archieve of Internal Medicine"
Kajian pada 6 Jun 2008 menunjukkan kesan asap rokok
  • kepada golongan usia pertengahan : sukar untuk berfikir + belajar
  • kesan jangka panjang : kerosakan saluran darah pada otak + bahagian tubuh yang lain


Demensia
  • penyakit otak yang alami kemerosotan yang progresif 
  • boleh mengurangkan aktiviti harian pesakit
  • pesakit perlukan penjagaan dalam jangka masa yang panjang
  • peningkatan masalah kognitif pada usia muda akan mempercepatkan terjadinya demensia
  • hampir separuh pesakit demensia mengalami Alzheimer (nyanyuk)


Kajian Dr. Marcus Richards
Kajian Dr. Richards dari Universiti College, London terhadap 5000 orang mendapati asap rokok menyebabkan seseorang itu susah untuk menyimpan maklumat
  • peserta diberi 15 perkataan bagi setiap 2 saat
  • perokok sukar mengingati perkataan tersebut berbanding bukan perokok
Kepada perokok-perokok, fikir-fikirkanlah orang-orang disekeliling anda. Kalau dah merokok tu, hisap sekali semua asap rokok tu. Perkara yang biasa saya dengar, kalau si suami seorang perokok, selalunya si isteri yang akan pergi meninggalkan dunia terlebih dahulu. Betul? Tak betul?

Sumber : Dewan Kosmik September 2010, Artikel "Asap Rokok Mengurangkan Daya Ingatan", muka surat 34

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Tererai Trent : Impian Jadi Kenyataan

(^ ^,) Ikuti episod pertama kisah Tererai di Tererai Trent : Impian boleh jadi kenyataan.

Ijazah Pertama dan Ijazah Sarjana
Oklahoma State University
Pada tahun 1998, Tererai telah diterima masuk ke Oklahoma State University. Beliau berkeras untuk membawa kelima-lima anaknya berpindah ke Oklahoma. Tererai tidak mahu meninggalkan anak-anaknya bersama suaminya kerana dia tahu lambat-laun mereka akan bercerai juga.

Suaminya bersetuju asalkan dia (suami) juga pergi bersama. Heifer membantu dengan menaja tiket penerbangan. Ibu Tererai pula menjual lembu ternakan mereka sementara jiran-jiran turut menjual kambing mereka untuk membantu mengumpulkan wang buat Tererai sekeluarga. Tererai berpindah ke Oklahoma bersama 5 anak dan suami.

Kehidupan mereka sekeluarga di Oklahoma amatlah susah. Namun begitu, dengan usaha gigih Tererai memperoleh ijazah pertamanya dalam bidang pendidikan pertanian pada 2001 dan ijazah sarjana pada 2003. 

Suaminya diusir atau dideportasi** ke Zimbabwe atas kesalahan memukul Tererai dan kemudian disahkan mengidap AIDS. Walaubagaimanapun, ujian HIV Tererai disahkan negatif. Beliau menjaga suaminya yang semakin tenat sehinggalah meninggal dunia.

Menjadi kebiasaan bagi Tererai untuk pulang ke Zimbabwe setiap kali impiannya tercapai. Beliau akan menggali semula tin impiannya dan memeriksa satu persatu matlamat yang telah tercapai.

Dr. Tererai Trent
Kemuncak pencapaiannya pada penghujung tahun 2009, beliau dianugerahkan doktor falsafah oleh Western Michigan University dan kini bergelar Dr. Tererai Trent. Malah beliau juga telah berkahwin semula dengan Mark Trent, seorang ahli patologi tumbuhan dan kini hidup dengan gembiranya di California.

Kisahnya di dalam Buku
Kisah Tererai ini juga terdapat dalam buku bertajuk "Half The Sky" tulisan Nicholas D. Kristof dan Sheryl WuDuun. 


Giving Back
Ketika pulang ke kampung halamannya pada 2009, Tererai bersama ibunya menggalakkan gadis-gadis generasi baru untuk berimpian, memberi mereka pen, kertas dan tin timah yang kecil. Saya suka dengan sikap Tererai ini kerana masih  lagi ingat akan kampung halaman walaupun dah berjaya. Tidak menjadi seperi kacang lupakan kulit.

Tererai mengumpulkan gadis-gadis di kampungnya untuk berbincang tentang impian mereka.
Tererai menggalakkan generasi muda di kampungnya untuk berimpian.

Tererai:
"My story is not about me, but it's about what can come out of my story."

Saksikan juga video "Impian Tererai Terhadap Pendidikan" di The Oprah Winfrey Show.

Tererai ketika berjumpa dengan bekas presiden US, Bill Clinton

Sebuah kisah yang luar biasa tetapi berlaku kepada seorang yang biasa. Semoga lebih ramai lagi yang dapat mengambil contoh daripada Tererai. Binalah impian setinggi langit, gapailah impian itu dengan tangga-tangga kesungguhan dan usaha yang gigih. Harapan agar kita dapat bersama-sama menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Hukum pahit manis:  Kejayaan yang semanis-manis madu memerlukan pengorbanan yang sepahit-pahit hempedu.


*Sebuah NGO ditubuhkan bertujuan untuk membantu menamatkan kelaparan di dunia dan kemiskinan melalui sikap berdikari (self-reliance) dan berkelanjutan (sustainability).
**Pengusiran seseorang dari sesebuah negara asing untuk dihantar pulang ke negara asalnya.

Sumber: 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Tererai Trent : Impian Boleh Jadi Kenyataan

Dia memberikan inspirasi kepada saya! 

Saya menonton rancangan The Oprah Winfrey Show di Ntv7 pada Jumaat lalu (hari cuti umum sempena kemenangan skuad Malaysia dalam Piala Suzuki AFF 2010) iaitu hari terakhir untuk 2010. Jika anda baca kisah hidup Tererai Trent, anda pasti mengagumi kesungguhannya.

Memang memberikan suntikan inspirasi baru sebelum melangkah ke tahun 2011 untuk menggapai impian seterusnya, perjuangan di medan PhD...insyaallah.

Oprah:
"You'll never give up on a dream after seeing this woman!"

Dr. Tererai Trent ketika muncul di The Oprah Winfrey Show pada Oktober 2009

From Zero to Hero
Totally from zero to hero! Daripada seorang budak perempuan yang tinggal di Zimbabwe dan tiada harapan untuk masa depan langsung, kepada seorang yang bergelar Dr. Tererai Trent.

Tererai dibesarkan di Zimbabwe tanpa bekalan air dan elektrik tidak seperti kita di sini. Maka bersyukurlah dengan nikmat kurniaan Tuhan ini. Malah, di sana budak perempuan tidak akan dihantar ke sekolah. 
"I remember very well my father pointing to my brothers and the other boys in the village and saying: "These are the breadwinners of tomorrow. We need to educate them. We need to send them to school. The girls will get married.""

Keinginan  untuk belajar mendorong Tererai untuk membuat kerja sekolah adiknya secara diam-diam. Beliau bergurukan buku-buku adiknya untuk belajar membaca dan menulis. Apabila semuanya terdedah, cikgu memohon kepada bapa beliau agar membenarkannya belajar. 

Dipukul Kerana Ingin Belajar
Sempat menghabiskan 2 semester, kemudian dikahwinkan pada umur 11 tahun dan mempunyai 3 cahaya mata pada usia 18 tahun. Tapi semangat untuk belajar tidak hanya terkubur di situ walaupun beliau akan dipukul oleh suaminya apabila menyedari Tererai ingin belajar. 

Memang kasihan, tapi kita di Malaysia ni lain pula ceritanya. Pelajar-pelajar ponteng sekolah lagi ada la... Dipukul sebab tak pergi sekolah tapi Tererai ni pula dipukul sebab nak pergi sekolah.

Detik Perubahan
Tahun 1991 menjadi titik perubahan penting kepada Tererai apabila seorang pelawat daripada Heifer International*, Jo Luck datang ke kampung beliau. Jo Luck bertanya kepada setiap wanita di sana tentang impian terbesar mereka. 

Jo Luck ketika melawat kampung Tererai (tiga dari kanan) di Zimbabwe.
Jo Luck, Oprah dan Tererai

Percaya atau tidak, kebanyakan daripada mereka tidak tahu pun yang mereka dibenarkan untuk mempunyai impian. Saya memang tergamam apabila mendengar ayat ni. Sesuatu yang sukar untuk saya percaya. 

Jawapan Tererai kepada soalan ini;
"My name is Tererai, and I want to go to America to have an education, and I want to have a BS degree. I want to have a master, and I want to have a PhD."

Jo Luck;
"If you desire those things, it is achievable."

Suntikan Semangat Ibu Tercinta
Penyuntik semangat, ibu tercinta yang berharap agar Terarai dapat memecahkan kitaran kemiskinan mereka, mendorong beliau untuk menulis impiannya pada sehelai kertas.

Pada usia 20 tahun ketika itu, Terarai meletakkan kertas impiannya di dalam tin, menanamnya di padang ragut, sebuah kawasan ternakan (kemudian diletakkan seketul batu di atasnya, dan beliau percaya batu ini yang akan menjaga kertas impiannya).

Tererai berada di tempat dimana kertas impiannya ditanam dan batunya.
(^ ^,) Ikuti sambungan kisah ini: Tererai Trent : Impian jadi kenyataan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0