Kebanyakan ibubapa masa kini bekerja dan anak-anak kecil ditinggalkan di pusat asuhan. Ini adalah harus.
Tapi ada juga pusat asuhan yang dimiliki/ dikendalikan oleh non-muslim. Malah, pekerja di sana juga non-muslim. Persoalannya, wajarkah menghantar anak-anak ke tempat ni?
Pendidikan sangat penting untuk anak-anak. Mereka mudah ikut apa yang dilihat dan diajar. Jika pengasuhnya adalah non-muslim, ia tidak selari dengan roh agama Islam.
Sebab-sebab ketidakwajaran menghantar anak kecil ke pusat asuhan non-muslim.
1.) Nilai ibadah berbeza
Amalan pengasuh muslim yang akan bersolat, berpuasa dan sebagainya akan diperhatikan oleh si anak. Ini berbeza dengan pengasuh non-muslim. Walaupun dalam panduan sunnah dinyatakan agar anak kecil disuruh bersolat ketika 7 tahun, tapi pendidikan secara tak langsung melalui pemerhatian sudah bermula sejak kecil.
2.) Faktor pemakanan berbeza
Jangka masa asuhan bermula 7 pagi - 6 petang adalah waktu yang panjang. Sepanjang tempoh ini, anak-anak memerlukan makanan. Biasanya, pusat asuhan menyediakan makanan. Jika pusat asuhan dimiliki/ dikendali oleh non-muslim, sudah tentu makanannya juga mengikut resepi mereka. Ini tidak sesuai dengan roh pendidikan anak.
3.) Konsep pendidikan berbeza
Asuhan muslim mengajar beberapa perkara tentang Islam contohnya doa makan, mengenal Allah dan Nabi. Sudah tentu perkara ini tidak diamalkan oleh asuhan non-muslim.
Amatlah tidak wajar jika ibubapa muslim menghantar anak kecil ke pusat asuhan non-muslim. Ini kerana, pendidikan sejak usia kecil amat berkesan.
Sumber: Fiqah Berinteraksi dengan Non-muslim
0 comments:
Post a Comment