Saya kongsi kan sikit perbincangan hukum berkongsi sambut perayaan non-muslim daripada buku "Fiqah Berinteraksi dengan Non-muslim" secara ringkasnya.
- Persoalannya: Haruskah orang Islam sambut perayaan orang bukan Islam atau kongsi perayaan seperti "Deepa Raya" dan "Kongsi Raya"?
- Hanya Islam agama yang diredhai Allah dan kita tidak boleh redha dan rela dengan agama lain.
- Jangan anggap semua agama sama sahaja kononnya semua menyuruh kepada kebaikan.
- Tidak harus seorang muslim menghadiri perayaan agama lain.
- Islam bukanlah menganjurkan umatnya membenci penganut agama lain. Islam mahukan keharmonian dalam masyarakat.
- 2 syarat memenuhi jemputan perayaan non-muslim;
(1) Lokasi jemputan
Jika jemputan di gereja atau kuil, jemputan ini tidak wajar diterima kerana ia satu simbolik kepada perayaan agama dan seolah kita redha dengan agama tersebut. Tapi, satu sudut yang lain dimana ia dibuat di rumah non-muslim atau dewan, maka ia tidak lagi melambangkan perayaan agama semata-mata tetapi sudah bercampur dengan program sosial dan masyarakat. Maka ketika ini, tak salah muslim menghadiri jemputan rumah terbuka sempena perayaan agama lain dengan niat menhubungkan tali persahabatan, kejiranan dan sebagainya. Biasanya ketika ini, tiada upacara agama melainkan ucapan, ramah-mesra dan makan-makan sahaja.
(2) Bukan bertujuan mengagungkan agama lain
Membesarkan agama lain adalah satu kesalahan besar dalam Islam. Tujuan hadir hanya untuk aktiviti masyarakat dan bersahabat.
0 comments:
Post a Comment