Kita dengan non-muslim

Malaysia ni memang lain daripada yang lain - rakyat pelbagai kaum. Islam tak larang kita untuk berkawan dengan non-muslim. Tapi, mestilah ada batasnya. Kadang-kala kita mungkin terlepas pandang terhadap beberapa perkara.

Jadi, macam mana nak bergaul dengan rakan, jiran tetangga dan  ahli keluarga yang bukan Islam tanpa abaikan syariat? Kita boleh cari jawapan kepada persoalan ni dalam buku "Fiqah Berinteraksi dengan Non-muslim" tulisan Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.


Buku ni berikan gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Perbincangan meliputi pelbagai masalah dan situasi yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Penyelesaian dan penerangan hujah yang mudah difahami, diiringi firman Allah dan hadis sahih. Sumber rujukan berguna buat semua.

Dua belas bab meliputi fiqah iman dan agama; bersaudara, berjiran dan berkawan; makanan; kenajisan anjing, pengharaman khinzir dan arak; perkahwinan, perubatan, muamalah, aurat, menganut agama Islam serta fiqah siasah.

Antara persoalan-persoalan menarik yang dibincangkan termasuklah;
  • hukum berkongsi sambut perayaan non-muslim
  • ucapan tahniah sempena perayaan agama lain
  • muslim masuk rumah ibadah agama lain
  • non-muslim masuk masjid
  • menjawab salam non-muslim
  • tinggal serumah dengan non-muslim
  • nafkah ibu bapa non-muslim
  • non-muslim belanja makan
  • jamuan di rumah non-muslim
  • majlis berbuka puasa bersama non-muslim
  • produk makanan keluaran syarikat non-muslim
  • kelapa yang dipecah sempena deepavali
  • daging korban dimakan oleh non-muslim
  • menyentuh tempat yang disentuh anjing
  • rumah yang pemilik sebelumnya membela anjing
  • samak mulut kerana termakan daging khinzir
  • daging lembu dijual bersebelahan dengan daging khinzir
  • baja najis khinzir
  • jamuan yang hidangkan arak
  • menghantar anak kecil ke pusat asuhan non-muslim
  • muamalah dengan syarikat yahudi
  • rumah/ premis perniagaan milik muslim disewa kepada non-muslim
  • terima organ daripada non-muslim
  • bercinta/ berkahwin dengan non-muslim
  • tukar nama kerana masuk Islam
  • hukum murtad

Kenapa anda perlu baca buku ini?
  • Penerangan lengkap tentang tatacara bergaul dengan mereka yang bukan Islam.
  • Ilustrasi bercorak humor dan berinformasi.
  • Mengutarakan contoh permasalahan semasa.
  • Mengandungi anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman.
Siapa perlu baca buku ini?
  • Anda yang mempunyai rakan non-muslim di sekolah, jiran tetangga atau di pejabat.
  • Saudara baru atau mempunyai ahli keluarga bukan Islam.
  • Guru-guru, ibu bapa dan anak-anak agar dapat memahami pergaulan bersyariat.
  • Non-muslim juga harus memahami batas pergaulan dan adab pergaulan Islam agar masyarakat majmuk hidup terus bermuhibah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment