Diamond, Pearl and Gold

Everything that god made valuable in the world is covered and hard to get to.

Where do you find diamonds?
Deep down in the ground covered and protected.

Where do you find pearls?
Deep down at bottom of the ocean covered up and protected in a beautiful shell.

Where do you find gold?
Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock.

You've got to work hard to get them

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Cinta Adalah Hadiah

Cinta itu umpama hadiah dan pemberian daripada Allah kepada kita.
Kita mesti sangat gembira dan sangat suka apabila menerima hadiah.
Namun begitu, adakah wajar hadiah lebih disukai dan lebih dicintai daripada pemberi hadiah?
Oh tidak!  Pemberi hadiah mesti lebih dicintai daripada hadiah yang diberi.
Nanti boleh dapat lagi banyak hadiah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Cinta Allah

Ya Allah,
berikanlah cintaMu kepadaku,
jadikanlah orang yang mencintaiMu mencintaiku,
dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.
Amin.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Adakah Awak Jodoh Saya?


Saya tidak pandai berkata-kata.
Apatah lagi meluahkan rasa dan perasaan hati.
Selama ini hati saya tidak dibuka untuk mana-mana insan bergelar lelaki.
Saya teruskan usaha mengejar impian dan cita-cita.
Berbekalkan harapan bonda dan ayahanda tercinta.

Dia dan saya.
Persahabatan yang telah lama terjalin dahulu.
Namun masing-masing dengan haluan sendiri.
Pertemuan yang tidak dijangka berlaku pada suatu hari.
Dia memulakan teguran dan saya membalasnya.
Tamat di situ.



Tapi ia permulaan di sini.
Persahabatan yang sepi dulu kini kembali berbunyi.
Sangat senang bersahabat dengannya.
Seperti dulu-dulu.

Tidak pernah terfikir dan terlintas.
Persahabatan mungkin bertukar pangkat.
Namun ada yang mencadangkannya.
Seseorang yang mengenali dia dan saya.
Tapi saya tidak pasti.

Ada juga suatu ketika terdetik di hati saya,
“Mungkin dia?”
Sesuatu yang saya tidak pernah pasti.
Adakah awak jodoh saya?

Mungkin Istikharah dapat membantu.
Yang pasti, 
formula daripada Allah itu adalah yang terbaik.
Tambah dan tolaknya sentiasa tepat.
Darab dan bahaginya sentiasa sempurna.
Moga diberikan petunjuk oleh-Nya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Sir dan Amoi Tengok Bola Final Malaysia


Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan vs Terengganu
29/10/11 


Sir dan Amoi menonton perlawanan akhir piala Malaysia di rumah masing-masing. Ada mesej masuk.

Permainan bermula dengan cubaan mencari gol permulaan oleh kedua-dua pasukan. Seorang pemain Terengganu telah dijatuhkan dan serta-merta bunyi mesej pun kedengaran.






Pengadil memberikan tendangan percuma kepada pasukan Terengganu, namun apakan daya bola itu bulat. Telefon Sir pula berbunyi.

Prittt…Tamat separuh masa pertama. Setelah 45 minit perlawanan berlangsung, pasukan Negeri Sembilan dilihat menguasai sebahagian besar perlawanan. Keputusan terkini Terengganu-0, Negeri Sembilan-0.

Separuh masa kedua bermula. Tiada pertukaran awal dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Terengganu mendapat gol awal jaringan Ashaari Shamsuddin pada minit ke-59. Tersentak dengan gol permulaan oleh Terengganu, pemain-pemain Negeri Sembilan menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan. Beberapa percubaan berbahaya singgah ke gawang pasukan Terengganu tetapi penjaga gol pada malam itu, Mohd Sharbinee Allawee masih mampu bertahan dan menempis keluar bola.


Ada mesej baru untuk Sir.


Akhirnya gol penyamaan oleh pasukan Negeri Sembilan tiba pada minit ke-81 hasil sepakan jauh S. Kunanlan. Kesilapan Sharbinee Allawee yang gagal menangkap kemas bola yang melantun di hadapannya itu menggembirakan penyokong Negeri Sembilan termasuklah Amoi.



Selang dua minit, telefon Sir berbunyi lagi.

Kegembiraan penyokong Negeri Sembilan berganda lagi pada minit ke-85 apabila penyerang veteran, Hairuddin Omar menjaringkan gol kemenangan pada malam itu. Hai-O mendapat bola hasil hantaran lintang oleh kapten pasukan, Shukor Adan dan menyudahkannya dengan sepakan libas yang menarik.





5 minit masa tambahan diberikan.

Pritt!! Keputusan penuh perlawanan Terengganu-1, Negeri Sembilan-2. Akhirnya, Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011!

Negeri Sembilan bergelar juara Piala Malaysia buat kali ketiga. Selain dipilih selaku Pemain Terbaik pada malam itu, Hairuddin Omar juga turut memenangi anugerah Kasut Emas apabila gol jaringannya tadi merupakan gol peribadi kelapannya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Keputusan SPM dan Kem PLKN

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Tapi pengalaman saya pula ambil keputusan SPM di dalam hutan…hehehe sebenarnya di kem PLKN Sri Impian, Sungai Bakap. Dulu program ni dikenali sebagai PKN, Program Khidmat Negara ketika pertama kali diperkenalkan. Saya dan kawan-kawan yang lain merupakan pelatih kumpulan pertama siri pertama.

Sebenarnya sedih juga ambil keputusan kat kem PLKN ni. Tak dapat berkongsi kejayaan dengan kawan-kawan sekolah dan juga guru-guru. Lebih sedih lagi tanpa ibubapa di sisi untuk meraikan kejayaan bersama-sama.


Bayangkanlah keputusan SPM pada tahun itu keluar pada hari Rabu (sebenarnya saya dah tak ingat pun hari apa tapi dah buat semakan). Ibubapa tak boleh melawat kami di kem melainkan pada hujung minggu sahaja.

Pada hari tersebut, kami semua berkumpul di dewan makan. Tiada aktiviti dan rutin biasa dijalankan. Keputusan SPM diedarkan dengan memanggil nama setiap pelatih seorang demi seorang bermula dengan huruf A.

Bayangkanlah berapa ramai pelatih yang ada di sesebuah kem PLKN. Nama saya pula bermula dengan huruf N. Penantian memang satu penyiksaan. Mulanya pagi tu memang perasaan sangat berdebar-debar.

Selepas terpaksa menunggu giliran nama yang memakan masa, akhirnya dah hilang perasaan seram sejuk pagi tadi. Sangat penat menunggu keputusan. Dah hilang rasa teruja untuk mengetahui keputusan SPM sendiri.

Setelah penantian berakhir dan nama saya dipanggil, barulah datang kembali debaran-debaran pagi tadi. Alhamdullilah keputusan memuaskan hati saya setelah segala keringat dicurahkan setiap hari setiap malam.

Maklumlah dulu duduk asrama, pagi petang siang malam belajar dan ulangkaji pelajaran sahaja. Tak dak kerja lain dah. Terima kasih buat cikgu-cikgu dan kawan-kawan di KISAS.


Lepas dah dapat keputusan, kalau nak telefon keluarga kena guna telefon awam. Telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke kem. Bayangkan cuma ada 2 buah telefon awam di kem perempuan dan pelatih perempuan pula mestilah sangat ramai.

Terlupa pula, ada juga wartawan yang datang ke kem untuk menemuramah. Maklumlah kali pertama ada rakyat Malaysia yang mengambil keputusan SPM di kem PLKN (kami lah tu).

Kami hanya mampu melihat kawan-kawan yang telah dapat keputusan di sebelah pagi ditemu ramah. Cemburu? Kami pula terpaksa menunggu sehingga nama di panggil.

Kenangan bersama kawan-kawan PLKN kumpulan D4

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Keputusan SPM dan Kembali ke Sekolah

Rasanya mesti semua dah tahu yang keputusan SPM 2011 akan keluar esok. Yeay! Inilah hari yang dinanti-nantikan selama ini. Kurang daripada 24 jam sahaja lagi. Mesti ramai yang tidur tak lena, makan tak kenyang pastu mandi pun tak basah buat beberapa hari ini.

Tapi yang pasti saya tiada pengalaman seperti ini. Pengalaman yang cuma datang sekali seumur hidup. Sebab apa? Sebab saya ambil keputusan SPM di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ini cerita beberapa tahun dahulu. Nanti saya kongsikan pengalaman ambil keputusan SPM di kem PLKN. Seronok?

Nak kata sedih tu adalah juga tapi mungkin terkilan sedikit kerana tak dapat kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Tak dapat nak jumpa guru-guru untuk mengucapkan terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan selama ini. Malah tak dapat nak berkongsi kegembiraan dan kejayaan dengan mereka.



Tak dapat juga nak jumpa kawan-kawan. Bertanyakan perkembangan terbaru dan juga perancangan masa depan masing-masing. Maklumlah ada yang berasal dari Pulau Pinang (saya lah tu), ada yang datang dari Johor, Terengganu, Perak dan negeri-negeri lain lagi. Kemudian sekolah pula terletak di Selangor. Kan jauh tu...

Akhirnya, hari terakhir saya menjejakkan kaki ke sekolah adalah pada hari terakhir peperiksaan SPM. Selepas SPM saya menyambung pelajaran di Pulau Pinang dan seterusnya berkerja di sini. Jadi sangat jaranglah untuk turun ke Selangor. Satu hari nanti saya pasti akan ke sana juga. Insyaallah. Pastinya telah berlaku seribu satu perubahan di sana.

Apa-apapun buat adik-adik yang akan mengambil keputusan SPM esok, semoga berjaya! 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Teka - Teki Hari Ini

Pagi tadi dengar radio Sinar, teka-teki Kad Bed hari ini berbunyi
"Makanan apa yang pandai mengira?"


Haa...fikir jangan tak fikir. Nak tahu jawapannya klik di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Semuanya Serba Baru

Ini merupakan post pertama setelah penjenamaan semula blog ini. Semuanya berubah dari nama blog sehinggalah ke template. Selamat datang ke blog sin.alif.ya. atau pun boleh juga disebut "SAYA".

Saya suka template baru ini sebab lebih ceria dan menaikkan semangat saya untuk terus menulis dan berkongsi dengan semua. Lagipun jika anda skrol ke bahagian bawah sekali, anda anda nampak bunga kebangsaan kita iaitu bunga raya. Semoga saya dapat menguruskan masa saya supaya dapat menulis di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Under Renovation

Nampaknya dah lama blog ni sepi, dah berhabuk rasanya. Apa-apa pun sekarang blog ni sedang dalam proses pengubahsuaian. Pengubahsuaian secara keseluruhannya. Insyaallah nantikan penampilan terbaru!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0