Keputusan SPM dan Kembali ke Sekolah

Rasanya mesti semua dah tahu yang keputusan SPM 2011 akan keluar esok. Yeay! Inilah hari yang dinanti-nantikan selama ini. Kurang daripada 24 jam sahaja lagi. Mesti ramai yang tidur tak lena, makan tak kenyang pastu mandi pun tak basah buat beberapa hari ini.

Tapi yang pasti saya tiada pengalaman seperti ini. Pengalaman yang cuma datang sekali seumur hidup. Sebab apa? Sebab saya ambil keputusan SPM di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ini cerita beberapa tahun dahulu. Nanti saya kongsikan pengalaman ambil keputusan SPM di kem PLKN. Seronok?

Nak kata sedih tu adalah juga tapi mungkin terkilan sedikit kerana tak dapat kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Tak dapat nak jumpa guru-guru untuk mengucapkan terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan selama ini. Malah tak dapat nak berkongsi kegembiraan dan kejayaan dengan mereka.



Tak dapat juga nak jumpa kawan-kawan. Bertanyakan perkembangan terbaru dan juga perancangan masa depan masing-masing. Maklumlah ada yang berasal dari Pulau Pinang (saya lah tu), ada yang datang dari Johor, Terengganu, Perak dan negeri-negeri lain lagi. Kemudian sekolah pula terletak di Selangor. Kan jauh tu...

Akhirnya, hari terakhir saya menjejakkan kaki ke sekolah adalah pada hari terakhir peperiksaan SPM. Selepas SPM saya menyambung pelajaran di Pulau Pinang dan seterusnya berkerja di sini. Jadi sangat jaranglah untuk turun ke Selangor. Satu hari nanti saya pasti akan ke sana juga. Insyaallah. Pastinya telah berlaku seribu satu perubahan di sana.

Apa-apapun buat adik-adik yang akan mengambil keputusan SPM esok, semoga berjaya! 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment