Hantar Anak ke Pusat Asuhan Non-Muslim

Kebanyakan ibubapa masa kini bekerja dan anak-anak kecil ditinggalkan di pusat asuhan. Ini adalah harus.

Tapi ada juga pusat asuhan yang dimiliki/ dikendalikan oleh non-muslim. Malah, pekerja di sana juga non-muslim. Persoalannya, wajarkah menghantar anak-anak ke tempat ni?

Pendidikan sangat penting untuk anak-anak. Mereka mudah ikut apa yang dilihat dan diajar. Jika pengasuhnya adalah non-muslim, ia tidak selari dengan roh agama Islam.

Sebab-sebab ketidakwajaran menghantar anak kecil ke pusat asuhan non-muslim.

1.) Nilai ibadah berbeza
Amalan pengasuh muslim yang akan bersolat, berpuasa dan sebagainya akan diperhatikan oleh si anak. Ini berbeza dengan pengasuh non-muslim. Walaupun dalam panduan sunnah dinyatakan agar anak kecil disuruh bersolat ketika 7 tahun, tapi pendidikan secara tak langsung melalui pemerhatian sudah bermula sejak kecil.


2.) Faktor pemakanan berbeza
Jangka masa asuhan bermula 7 pagi - 6 petang adalah waktu yang panjang. Sepanjang tempoh ini, anak-anak memerlukan makanan. Biasanya, pusat asuhan menyediakan makanan. Jika pusat asuhan dimiliki/ dikendali oleh non-muslim, sudah tentu makanannya juga mengikut resepi mereka. Ini tidak sesuai dengan roh pendidikan anak.

3.) Konsep pendidikan berbeza
Asuhan muslim mengajar beberapa perkara tentang Islam contohnya doa makan, mengenal Allah dan Nabi. Sudah tentu perkara ini tidak diamalkan oleh asuhan non-muslim.

Amatlah tidak wajar jika ibubapa muslim menghantar anak kecil ke pusat asuhan non-muslim. Ini kerana, pendidikan sejak usia kecil amat berkesan. 

Berbeza pula jika para pekerja pusat asuhan non-muslim terdiri daripada muslim. Dengan kadar nisbah yang munasabah di mana aspek pendidikan Islam diasuh, harus menghantar anak-anak ke pusat asuhan walaupun dimiliki non-muslim.

Sumber: Fiqah Berinteraksi dengan Non-muslim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Ucapan Selamat Hari Raya!

Merry Christmas! Happy Chinese New Year! Happy Deepavali!

Biasanya non-muslim mengucapkan ucapan selamat dan tahniah sempena hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Jadi, atas dasar membalas kebaikan mengikut kadarnya, wajar bagi umat Islam mengucapkan sedikit ucapan.

Surah Al-Nisa', ayat 86 maksudnya;
"Dan apabila kamu dihormati dengan penghormatan, balaslah ia dengan cara yang lebih baik atau sekadar membalasnya."

Jenis ucapan selamat:
1.) HARUS
Ucapan yang tidak mengandungi rasa redha dengan agama lain tetapi sekadar melahirkan kemesraan
Contoh: "Semoga sihat sejahtera", "Semoga mendapat kebaikan"
2.) HARAM
Terdapat unsur keredhaan terhadap agama kufur.
Contoh: "Semoga dimuliakan pada hari raya ini", "Hari raya ini adalah hari mulia"

Sumber: Fiqah Berinteraksi Dengan Non-muslim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kongsi Raya, Rumah Terbuka!

Saya kongsi kan sikit perbincangan hukum berkongsi sambut perayaan non-muslim daripada buku "Fiqah Berinteraksi dengan Non-muslim" secara ringkasnya.
  • Persoalannya: Haruskah orang Islam sambut perayaan orang bukan Islam atau kongsi perayaan seperti "Deepa Raya" dan "Kongsi Raya"?
  • Hanya Islam agama yang diredhai Allah dan kita tidak boleh redha dan rela dengan agama lain. 
  • Jangan anggap semua agama sama sahaja kononnya semua menyuruh kepada kebaikan.
  • Tidak harus seorang muslim menghadiri perayaan agama lain.
  • Islam bukanlah menganjurkan umatnya membenci penganut agama lain. Islam mahukan keharmonian dalam masyarakat.
  • 2 syarat memenuhi jemputan perayaan non-muslim;
              
             (1) Lokasi jemputan
                   Jika jemputan di gereja atau kuil, jemputan ini tidak wajar diterima kerana ia satu simbolik kepada perayaan agama dan seolah kita redha dengan agama tersebut. Tapi, satu sudut yang lain dimana ia dibuat di rumah non-muslim atau dewan, maka ia tidak lagi melambangkan perayaan agama semata-mata tetapi sudah bercampur dengan program sosial dan masyarakat. Maka ketika ini, tak salah muslim menghadiri jemputan rumah terbuka sempena perayaan agama lain dengan niat menhubungkan tali persahabatan, kejiranan dan sebagainya. Biasanya ketika ini, tiada upacara agama melainkan ucapan, ramah-mesra dan makan-makan sahaja.

              (2) Bukan bertujuan mengagungkan agama lain
              Membesarkan agama lain adalah satu kesalahan besar dalam Islam. Tujuan hadir hanya untuk aktiviti masyarakat dan bersahabat.


               




Sumber:  Fiqah Berinteraksi Dengan Non-muslim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kita dengan non-muslim

Malaysia ni memang lain daripada yang lain - rakyat pelbagai kaum. Islam tak larang kita untuk berkawan dengan non-muslim. Tapi, mestilah ada batasnya. Kadang-kala kita mungkin terlepas pandang terhadap beberapa perkara.

Jadi, macam mana nak bergaul dengan rakan, jiran tetangga dan  ahli keluarga yang bukan Islam tanpa abaikan syariat? Kita boleh cari jawapan kepada persoalan ni dalam buku "Fiqah Berinteraksi dengan Non-muslim" tulisan Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.


Buku ni berikan gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Perbincangan meliputi pelbagai masalah dan situasi yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Penyelesaian dan penerangan hujah yang mudah difahami, diiringi firman Allah dan hadis sahih. Sumber rujukan berguna buat semua.

Dua belas bab meliputi fiqah iman dan agama; bersaudara, berjiran dan berkawan; makanan; kenajisan anjing, pengharaman khinzir dan arak; perkahwinan, perubatan, muamalah, aurat, menganut agama Islam serta fiqah siasah.

Antara persoalan-persoalan menarik yang dibincangkan termasuklah;
  • hukum berkongsi sambut perayaan non-muslim
  • ucapan tahniah sempena perayaan agama lain
  • muslim masuk rumah ibadah agama lain
  • non-muslim masuk masjid
  • menjawab salam non-muslim
  • tinggal serumah dengan non-muslim
  • nafkah ibu bapa non-muslim
  • non-muslim belanja makan
  • jamuan di rumah non-muslim
  • majlis berbuka puasa bersama non-muslim
  • produk makanan keluaran syarikat non-muslim
  • kelapa yang dipecah sempena deepavali
  • daging korban dimakan oleh non-muslim
  • menyentuh tempat yang disentuh anjing
  • rumah yang pemilik sebelumnya membela anjing
  • samak mulut kerana termakan daging khinzir
  • daging lembu dijual bersebelahan dengan daging khinzir
  • baja najis khinzir
  • jamuan yang hidangkan arak
  • menghantar anak kecil ke pusat asuhan non-muslim
  • muamalah dengan syarikat yahudi
  • rumah/ premis perniagaan milik muslim disewa kepada non-muslim
  • terima organ daripada non-muslim
  • bercinta/ berkahwin dengan non-muslim
  • tukar nama kerana masuk Islam
  • hukum murtad

Kenapa anda perlu baca buku ini?
  • Penerangan lengkap tentang tatacara bergaul dengan mereka yang bukan Islam.
  • Ilustrasi bercorak humor dan berinformasi.
  • Mengutarakan contoh permasalahan semasa.
  • Mengandungi anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman.
Siapa perlu baca buku ini?
  • Anda yang mempunyai rakan non-muslim di sekolah, jiran tetangga atau di pejabat.
  • Saudara baru atau mempunyai ahli keluarga bukan Islam.
  • Guru-guru, ibu bapa dan anak-anak agar dapat memahami pergaulan bersyariat.
  • Non-muslim juga harus memahami batas pergaulan dan adab pergaulan Islam agar masyarakat majmuk hidup terus bermuhibah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Wardina: PhD Sebelum Usia 40

Majalah Anis Disember 2010
Lagi cerita Wardina, kali ini dalam majalah Anis keluaran Disember 2010. Selain sibuk menguruskan keluarga dan juga kerjayanya Wardina kini juga sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana muda di salah sebuah IPTS.

Malah, beliau sebenarnya sedang mencabar dirinya untuk mencapai PhD sebelum usia 40 tahun. Samalah jugak seperti saya yang mempunyai sasaran untuk bergelar pemegang PhD sebelum usia 30 tahun. Semoga kita sama-sama mencapai apa yang dihasratkan.


Malah Wardina juga kini bergelar seorang penulis. Dua buah buku hasil tulisan beliau termasuklah,


Siapa alien?

Antara komen yang diberikan kepada buku Mama, saya lapar...


Kata Wardina:
            "Saya menyintai kanak-kanak, saya menyintai buku! Saya berharap anak-anak Malaysia akan gemar membaca dan saya pasti anda akan menggemari buku saya ini insyaallah!"

Wardina juga telah dilantik sebagai ikon membaca bagi U-library Perpustakaan Negara. 

Sumber: 
Majalah Anis Disember 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Wardina: Ibu Sepenuh Masa

Saya memang kagum dengan Wardina, salah seorang yang menjadi sumber inspirasi saya, seorang ikon muslimah berkerjaya. Teringat waktu mula-mula dulu Wardina keluar TV, apa lagi Spanar Jaya la...watak Misha.

Kemudiannya beliau menamatkan zaman bujang dan berhijrah ke imej baru yang ternyata sangat sesuai dengan dirinya. Setelah itu, saya melihat Wardina sebagai seorang yang matang, berkaliber dan petah berkata-kata.

Tiba-tiba pulak keluar topik pasal Wardina nih. Bukan apa, saya baru saja pergi ke perpustakaan awam negeri, pastu nampaklah majalah Nona keluaran Disember 2009, (dah lama dah majalah ni) cover story Wardina, Aida Rahim dan Datin Juma.

Dipetik daripada majalah tersebut,

"Dia ibarat seorang wanita berhijab yang jelita. Jika tangan sebelahnya mengendong dan menyusukan anak, dia masih boleh menggenggam pembesar suara, menjinjit buku ilmiah dan membaca skrip dalam masa yang sama."

Saya tertarik dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Wardina dalam majalah ini. Antaranya termasuklah,


1.) I always say I am a fulltime mum and part time in everything.

Suka sangat dengan statement dia nih...amat bermakna, walau apa-apa pun anak menjadi keutamaan. Just love "fulltime mum". Harap nanti, saya pun dapat menjadi seorang  fulltime mum ( ia berbeza dengan fulltime housewife)

Amna, Azra dan Imran - Amanah Allah kepadanya dan suami - Wardina

2.) Tudung bukan fesyen tapi ia adalah suatu tuntutan buat wanita Islam. Cuma kini, tudung telah difesyenkan.

Setuju dengan kata-kata Wardina ni sebab tudung memang bukan fesyen dan bukan tujuan asal bertudung ialah untuk berfesyen. Bertudung (menutup aurat) itu adalah wajib dan menjadi tuntutan agama kepada wanita Islam. Tentunya penuh dengan hikmah mengapa ia disyariatkan. Cuma kini fesyen untuk mereka yang bertudung sedang berkembang tetapi berfesyenlah selagi anda mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3.) Saya percaya bahawa tudung adalah satu "statement" diri wanita Islam yang menyatakan cinta kepada agama. Maka cinta itu kita zahirkan daripada segi luaran. Hakikatnya yang dalam itu lebih utama...hijabkan hati daripada perkara-perkara yang tidak baik, daripada dengki dan iri hati, sifat riak dan sombong. Jangan bertudung tapi tak solat kerana tudung itu cuma pakaian. Yang paling penting ialah ilmu dan iman di dalam.

Pada saya dengan bertudung itu sudah semestinya memenuhi tuntutan agama. Dengan imej bertudung, ia dapat menhindarkan saya daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik kerana imej bertudung ini akan sentiasa mengingatkan saya tentang siapa saya. Ia melambangkan diri saya, ibubapa dan keluarga saya serta agama saya.

Sebagai contoh adalah sesuatu yang kekok apabila seseorang yang bertudung mengunjungi kelab malam. Imej bertudung itu sendiri akan menjauhkan seseorang itu dengan perkara-perkara munkar. Insyaallah.

4.) Malah saya berharap untuk berjumpa dengan lebih ramai orang yang mampu memberikan inspirasi dalam hidup.

Salah seorang yang memberikan inspirasi kepada saya adalah Wardina. Beliau membuktikan seorang wanita berkarier mampu untuk menjadi seorang isteri, ibu dan pelajar pada masa yang sama. Cita-cita dan cinta mampu bersatu. Saya juga berharap agar dapat bertemu dengan ramai lagi yang akan menjadi sumber inspirasi kepada saya.

Sumber: Majalah Nona Disember 2009

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Wanted !

Salah satu buku yang termasuk dalam Wanted List saya. Perkara pertama : tertarik dengan tajuk buku ni. Kenapa perkara baik selalu terjadi kepada orang yang baik? Rasa nak tau apa pendapat orang puteh ni pasal tajuk ni. Lagipun pepatah melayu pun ada menyebut "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat"


Macam mana boleh masuk dalam list? Dari page facebook "syurgadidunia". Setuju dengan penulis blog "syurgadidunia" ni. Beliau baru saja beli buku ni tapi sebelum baca sepenuhnya pun beliau dah tau jawapan untuk soalan tu (rujuk kepada tajuk buku). Jawapannya daripada Surah Al-Isra', ayat 7.

         "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."
____________________________________________________

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0