Sebenarnya terdapat banyak cerita mengenai pencinta-pencinta buku ataupun biblioholis ini. Sama ada yang aneh mahupun yang pelik. Saya lebih suka menggelar mereka ini sebagai pencinta buku sejati ataupun biblioholis sejati. Apa yang pasti tahap biblioholis saya belum lagi sampai ke tahap sejati seperti mereka ini.
Salah satu daripada cerita pencinta buku sejati ialah cerita seorang pakar perundangan Perancis pada abad ke-18 yang bernama Antoine Marie Henri Boulard. Beliau lahir pada September 1754 di Paris dan meninggal dunia pada 6 Mei 1825 pada usia 71 tahun. Beliau begitu bernafsu untuk membeli buku sehinggakan tiada lagi ruang untuk menyimpan buku di rumahnya. Tak tahulah sebesar mana rumahnya ini? Tapi...nak tahu apa pulak yang terjadi kemudiannya?
Akhirnya, beliau terpaksa membeli 6 buah rumah lagi untuk menyimpan buku-bukunya. Jadi, bayangkanlah...berapakah jumlah buku beliau? Tentu tak terkira. Tetapi dikatakan koleksi buku beliau mencecah lebih daripada setengah juta. Setakat ni, tak pernah lah lagi jumpa orang yang macam nih. Ada yang mengatakan beliau meninggal dunia kerana penyakit radang paru-paru. Ada juga yang mengatakan beliau dihempap oleh timbunan bukunya.

0 comments:
Post a Comment