Beberapa cerita lain lagi tentang pencinta buku sejati termasuklah Don Vincente, berbangsa Sepanyol dan hidup pada zaman 1830-an. Beliau sanggup mencuri buku sehingga akhirnya dipenjarakan. Tapi jangan ikut cara Vincente, ilmu tidak berkat nanti.
Sun Ching, berbangsa Cina dan hidup pada abad ke-10 Masihi pula sanggup mengikat rambutnya yang panjang pada tiang katil untuk menjaga kepalanya supaya terus tegak dan dapat membaca. Memang pelik betul. Saya pernah tonton satu babak dalam satu filem cina (dah tak ingat dah filem apa) yang gunakan teknik ala-ala Sun Ching.
Seterusnya, cerita seorang berbangsa Belanda bernama Frederik Hickles. Beliau sanggup menyorokkan buku di sebuah toko buku di Amsterdam, supaya orang lain tidak dapat membelinya. Maklumlah buku tu cuma ada satu naskhah saja dan beliau pula tak cukup duit nak beli buku tu pada masa tersebut. Sejujurnya, situasi ni pernah jugak berlaku pada saya. He...he...he...Nasib baik buku tu masih ada lagi waktu nak beli kemudiannya.
Satu lagi cerita menarik ialah mengenai Thomas Haerne yang suka membaca sambil berjalan pada waktu petang. Beliau beberapa kali terjaga daripada keasyikan membaca tatkala rembang senja mulai kelihatan. Akhirnya, barulah beliau menyedari bahawa dirinya dah tersesat jalan.
Teringat pula pengalaman saya dulu yang pernah asyik dengan sebuah novel klasik ni tapi dah tak ingat tajuk novel tu. Memang susah nak berhenti baca...sangat asyik membaca, sampai nak masuk bilik air pun, masih lagi membaca sambil berdiri di depan bilik air dan kemudian sampai la dah tak tahan...hahaha. Satu-satunya buku yang saya baca sambil berjalan di pasar malam.
Seorang lagi pencinta buku iaitu Lord Thomas Babington Macaulay yang suka membaca buku sambil berjalan kaki tanpa mempedulikan pejalan kaki yang ramai di kota London. Apa yang menariknya, percaya atau tidak, Macaulay mampu berjalan sambil membaca lebih cepat daripada orang lain.
Semoga kita selalu membaca untuk mendapatkan ilmu yang baru walau di mana juga berada.
0 comments:
Post a Comment