Kali ini pula cerita pencinta buku yang luar biasa dari peradaban Islam. Cerita Al-Jahiz, seorang penjual roti yang amat mencintai ilmu dan gemar membaca. Pada waktu malam, beliau selalu menghabiskan masanya dengan berwacana dengan para ulama dan membaca buku di perpustakaan peribadinya.
Kegigihannya menyebabkan beliau terkenal dalam kalangan para ulama sehingga mampu menjadi sasterawan tersohor. Beliau pernah menggambarkan "lautan" bukunya itu kepada sorang teman dengan menyatakan;
"Buku itu diam apabila engkau mengkehendakinya diam, berbicara apabila engkau mengkehendakinya berbicara. Ia tidak akan mengganggu kalau engkau sedang bekerja tetapi apabila engkau berasa kesepian, ia akan menjadi temanmu yang baik. Engkau tidak perlu marah dan berkecil hati kepadanya. Ia merupakan teman yang tidak menipu atau bermuka dua."
Kata-kata beliau ini sangat bermakna dan ia telah menjadikan salah satu daripada kata-kata semangat yang sangat saya suka.
Namun begitu, malangnya buku-buku yang dimuliakan Al-Jahiz itulah yang menyebabkan kematiannya. Berdasarkan satu cerita, Al-Jahiz lazimnya menyusun buku-buku di rak selepas digunakan. Rak-rak buku ini amat tinggi dan selalunya beliau akan duduk di tengah-tengah.
Pada waktu itu, usianya telah lanjut dan beliau sering sakit. Ketika beliau sedang menelaah buku, tiba-tiba tanpa disangka buku-buku dari rak yang tinggi telah jatuh lalu menghempapnya. Hal ini menyebabkan kematian beliau.
0 comments:
Post a Comment