Perpustakaan idaman

Dah lama dah berimpian untuk memiliki perpustakaan sendiri. Memang rasa teruja sangat untuk memiliki buku yang banyak. Hari tu ke kedai buku Gramedia, lepas tu terjumpa satu majalah dekorasi yang khas bincangkan tentang perpustakaan rumah. Walau bagaimanapun, majalah ini merupakan majalah Indonesia, jadi semua diskusinya menggunakan bahasa Indonesia. Boleh lah faham jugak...


Majalah Seri Rumah Ide: Home Library


Cerita Seorang Pensyarah
Salah satu perpustakaan yang saya suka ialah kepunyaan seorang pensyarah atau dalam bahasa Indonesia dipanggil dosen. Memang banyak sangat koleksi beliau. Beliau telah memilih satu ruang atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai satu bilik untuk dijadikan perpustakaan peribadinya. Untuk keselesaan, beliau turut menempatkan set sofa dan juga televisyen. Malah, terdapat juga ruang untuk pejabat kecilnya.

Satu perkara yang menarik di sini ialah beliau sebenarnya pernah mempunyai masalah untuk menyimpan koleksi buku-bukunya. Malah, beliau memilih untuk membeli saja buku yang diperlukan daripada mencarinya di rak buku. Kemudiannya, barulah menyedari bahawa beliau banyak mempunyai 2 naskah buku yang sama.

Akhirnya, suami beliau mencadangkan agar buku-buku itu dikelola dengan lebih teratur. Jadi, beliau meminta bantuan seorang staf perpustakaan di kampusnya untuk membuat pengategorian koleksi bukunya.

Best sangat...banyaknya buku.
Ada sofa dan tv jugak.


Ruang Koridor
Contoh perpustakaan ni pun best jugak. Menarik dan unik. Rak buku dan tingkap menggunakan unsur kayu dan papan. Kemudian ada pula unsur hijau dan permandangan alam semula jadi.  Lebih santai dan relaks. Kalau dah letih membaca, boleh rehat-rehatkan mata dan minda dengan menikmati udara yang segar dan juga kehijauan alam sekitar.


Satu ruang yang menarik untuk dijadikan perpustakaan.
Lebih bersifat alam semula jadi.

Rak Buku Tertutup
Buku-buku mungkin lebih mudah untuk dijaga jika diletakkan di rak buku yang tertutup. Tapi apa yang tak best sangat pasal rak buku tertutup ni ialah tak nampak koleksi buku kita. Semangat nak membaca tu pun dah jadi lain sikit. Yelah...rak asyik tertutup saja.

Tapi contoh untuk rak tertutup ni best jugak. Walaupun menggunakan rak yang tertutup tapi buku-buku masih dapat dilihat dari luar kerana menggunakan pintu kaca yang lutsinar. Rekaan rak buku atau boleh la jugak dipanggil sebagai almari buku ini lebih moden dan ringkas.


Walaupun bertutup tetapi buku-buku masih dapat dilihat daripada luar.


Contoh-Contoh Lain


Satu ruang yang amat selesa bertemakan putih.

Beberapa contoh lagi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment