Seorang pemuda kembali ke tanah air setelah lama menuntut di luar negara. Dia meminta bapanya mencarikan seorang guru agama, atau sesiapa sahaja yang dapat menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya bapa pemuda itu mendapatkan seorang ustaz.
Pemuda: Ustaz ini siapa? Bolehkah ustaz menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Ustaz: Saya hamba Tuhan dan dengan izinnya saya menjawab pertanyaan saudara.
Pemuda: Ustaz yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang pintar tak mampun menjawab pertanyaan saya.
Ustaz: Saya akan cuba sedaya mampu.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan;
- Sekiranya Tuhan itu ada, tunjukkan kepada saya yang Tuhan itu wujud.
- Apa yang dinamakan takdir?
- Sekiranya syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api? Tentu tidak menyakitkan syaitan sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir?
.jpg)
Tiba-tiba ustaz itu menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda: Kenapa marah saya? (sambil mengusap pipi, menahan sakit)
Pemuda: Macam mana pulak?
Ustaz: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu sakit
Ustaz: Jadi saudara percaya sakit itu ada?
Pemuda: Sudah tentu.
Ustaz: Tunjukkan saya sakit itu.
Pemuda: Tentu tidak boleh.
Ustaz: Itulah jawapan soalan pertama. Kita semua rasa kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Ustaz: Adakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Ustaz: Saudara pernah terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Ustaz: Itu yang dinamakan takdir. Tangan yang saya gunakan menampar saudara dibuat daripada apa?
Pemuda: Kulit.
Ustaz: Pipi saudara dibuat daripada apa?
Pemuda: Kulit.
Ustaz: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Ustaz: Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga dibuat daripada api, sekiranya Tuhan mengkehendaki, maka neraka menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan.
Semoga kita sama-sama dapat ambil pengajaran daripada soalan-soalan pemuda tadi. Fikirkan lah, andainya kita ditanya dengan 3 soalan ini, apakah jawapan kita?
Semoga kita sama-sama dapat ambil pengajaran daripada soalan-soalan pemuda tadi. Fikirkan lah, andainya kita ditanya dengan 3 soalan ini, apakah jawapan kita?
Sumber : Akrab Dengan Tuhan oleh Mohd Zawawi Jusoh & Amira Hariyati Ruzaidi.
0 comments:
Post a Comment