(^ ^,) Ikuti episod pertama kisah Tererai di Tererai Trent : Impian boleh jadi kenyataan.
Ijazah Pertama dan Ijazah Sarjana
Suaminya bersetuju asalkan dia (suami) juga pergi bersama. Heifer membantu dengan menaja tiket penerbangan. Ibu Tererai pula menjual lembu ternakan mereka sementara jiran-jiran turut menjual kambing mereka untuk membantu mengumpulkan wang buat Tererai sekeluarga. Tererai berpindah ke Oklahoma bersama 5 anak dan suami.
Kehidupan mereka sekeluarga di Oklahoma amatlah susah. Namun begitu, dengan usaha gigih Tererai memperoleh ijazah pertamanya dalam bidang pendidikan pertanian pada 2001 dan ijazah sarjana pada 2003.
Suaminya diusir atau dideportasi** ke Zimbabwe atas kesalahan memukul Tererai dan kemudian disahkan mengidap AIDS. Walaubagaimanapun, ujian HIV Tererai disahkan negatif. Beliau menjaga suaminya yang semakin tenat sehinggalah meninggal dunia.
Menjadi kebiasaan bagi Tererai untuk pulang ke Zimbabwe setiap kali impiannya tercapai. Beliau akan menggali semula tin impiannya dan memeriksa satu persatu matlamat yang telah tercapai.
Dr. Tererai Trent
Kisahnya di dalam Buku
Kisah Tererai ini juga terdapat dalam buku bertajuk "Half The Sky" tulisan Nicholas D. Kristof dan Sheryl WuDuun.
Giving Back
Ketika pulang ke kampung halamannya pada 2009, Tererai bersama ibunya menggalakkan gadis-gadis generasi baru untuk berimpian, memberi mereka pen, kertas dan tin timah yang kecil. Saya suka dengan sikap Tererai ini kerana masih lagi ingat akan kampung halaman walaupun dah berjaya. Tidak menjadi seperi kacang lupakan kulit.
Tererai mengumpulkan gadis-gadis di kampungnya untuk berbincang tentang impian mereka.
|
Tererai menggalakkan generasi muda di kampungnya untuk berimpian.
|
Tererai:
"My story is not about me, but it's about what can come out of my story."
Saksikan juga video "Impian Tererai Terhadap Pendidikan" di The Oprah Winfrey Show.
Tererai ketika berjumpa dengan bekas presiden US, Bill Clinton
|
Sebuah kisah yang luar biasa tetapi berlaku kepada seorang yang biasa. Semoga lebih ramai lagi yang dapat mengambil contoh daripada Tererai. Binalah impian setinggi langit, gapailah impian itu dengan tangga-tangga kesungguhan dan usaha yang gigih. Harapan agar kita dapat bersama-sama menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Hukum pahit manis: Kejayaan yang semanis-manis madu memerlukan pengorbanan yang sepahit-pahit hempedu.
*Sebuah NGO ditubuhkan bertujuan untuk membantu menamatkan kelaparan di dunia dan kemiskinan melalui sikap berdikari (self-reliance) dan berkelanjutan (sustainability).
**Pengusiran seseorang dari sesebuah negara asing untuk dihantar pulang ke negara asalnya.
Sumber:
0 comments:
Post a Comment