Tukang Gunting Rambut dan Tuhan

Pada suatu hari, seorang pemuda pergi ke kedai gunting rambut. Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut itu tentang banyak perkara dan kemudian tiba ke perbincangan berkaitan Tuhan.

"Saya tidak percaya kewujudan Tuhan" kata tukang gunting rambut.

"Kenapa awak kata begitu?" tanya pemuda itu dengan nada terperanjat.

"Mudah saja. Saudara keluar dari kedai ini, perhatikan di jalan dan saudara akan bersetuju dengan saya. Sekiranya Tuhan wujud, kenapa ada orang yang sakit? Kenapa ada kanak-kanak yang terbiar? Sekiranya benar Tuhan wujud, pasti tidak ada kesengsaraan. Saya yakin Tuhan tidak akan membiarkan sahaja perkara sedemikian." Jawab tukang gunting rambut.


Pemuda itu senyap sahaja kerana dia tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang digunting rambut.

Selepas itu, pemuda itu meninggalkan kedai gunting rambut. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki di jalanan yang kusut-masai. Rambutnya panjang tidak terurus seperti memang sudah lama tidak mengguntingnya

Pemuda itu kembali ke kedai gunting rambut tadi.

"Awak tahu sesuatu? Saya tidak rasa tukang gunting rambut wujud!"

"Eh, bagaimana pula?" tanya tukang gunting rambut itu.

"Saya seorang tukang gunting rambut dan saya ada di sini!"

"Tidak!" Pemuda itu menafikan.

"Mereka tidak wujud kerana jika mereka wujud, sudah tentu tidak ada manusia yang berambut panjang seperti lelaki di jalanan itu."

"Ah, begitu rupanya. Habis, mereka yang tidak datang mencari saya?"

"Tepat sekali!" jawab pemuda itu. dengan sebuah senyuman.

"Tuhan memang wujud, cuma manusia yang tidak berusaha untuk mencarinya. Sebab itulah wujudnya banyak kesakitan dan penderitaan di dunia ini."

Jadi, sebagai hamba yang lemah, semoga kita berusaha untuk mendekati Allah. Ingatlah selangkah kita rapat kepada Allah, seribu langkah Allah rapat kepada kita.

Sumber : Akrab Dengan Tuhan oleh Mohd Zawawi Jusoh & Amira Hariyati Ruzaidi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment