Semalam tengok berita TV3, cerita pasal si gelandangan dengan suara emas di Columbus, US. Keluar saja suara dari mulut dia...rasa macam tak percaya.
Memang susah nak jumpa seseorang yang bersuara unik. Satu dalam seribu. Hebatnya kuasa Allah.
Memang susah nak jumpa seseorang yang bersuara unik. Satu dalam seribu. Hebatnya kuasa Allah.
Sekarang ni, disebabkan suara emas yang dimilikinya, beliau dikatakan bakal menjadi jutawan. Nasib Ted Williams berubah selepas seorang jurugambar Colombus Dispatch merakam video menunjukkan Williams memegang cebisan kertas kotak bertulis;
"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! Sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."
Williams juga turut bercakap di dalam video tu dengan gaya seorang penyampai radio bersuara unik.
Malah, Williams juga menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk MTV, ESPN dan NFL. Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.
Antara tawaran lain ialah menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio berjumlah AS$10,000 (RM30,725).
Sebenarnya, Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum ni tapi dia hilang pekerjaan sebab masalah ketagihan alkohol dan dadah.
Katanya;
"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya"
Besarnya nikmat kurniaan tuhan. Bersyukurlah dengan semua nikmatnya. Siapa sangka kurniaan suara yang unik menjadikan Williams, from zero to hero. Percayalah setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Sumber:
0 comments:
Post a Comment