Hantar Anak ke Pusat Asuhan Non-Muslim

Kebanyakan ibubapa masa kini bekerja dan anak-anak kecil ditinggalkan di pusat asuhan. Ini adalah harus.

Tapi ada juga pusat asuhan yang dimiliki/ dikendalikan oleh non-muslim. Malah, pekerja di sana juga non-muslim. Persoalannya, wajarkah menghantar anak-anak ke tempat ni?

Pendidikan sangat penting untuk anak-anak. Mereka mudah ikut apa yang dilihat dan diajar. Jika pengasuhnya adalah non-muslim, ia tidak selari dengan roh agama Islam.

Sebab-sebab ketidakwajaran menghantar anak kecil ke pusat asuhan non-muslim.

1.) Nilai ibadah berbeza
Amalan pengasuh muslim yang akan bersolat, berpuasa dan sebagainya akan diperhatikan oleh si anak. Ini berbeza dengan pengasuh non-muslim. Walaupun dalam panduan sunnah dinyatakan agar anak kecil disuruh bersolat ketika 7 tahun, tapi pendidikan secara tak langsung melalui pemerhatian sudah bermula sejak kecil.


2.) Faktor pemakanan berbeza
Jangka masa asuhan bermula 7 pagi - 6 petang adalah waktu yang panjang. Sepanjang tempoh ini, anak-anak memerlukan makanan. Biasanya, pusat asuhan menyediakan makanan. Jika pusat asuhan dimiliki/ dikendali oleh non-muslim, sudah tentu makanannya juga mengikut resepi mereka. Ini tidak sesuai dengan roh pendidikan anak.

3.) Konsep pendidikan berbeza
Asuhan muslim mengajar beberapa perkara tentang Islam contohnya doa makan, mengenal Allah dan Nabi. Sudah tentu perkara ini tidak diamalkan oleh asuhan non-muslim.

Amatlah tidak wajar jika ibubapa muslim menghantar anak kecil ke pusat asuhan non-muslim. Ini kerana, pendidikan sejak usia kecil amat berkesan. 

Berbeza pula jika para pekerja pusat asuhan non-muslim terdiri daripada muslim. Dengan kadar nisbah yang munasabah di mana aspek pendidikan Islam diasuh, harus menghantar anak-anak ke pusat asuhan walaupun dimiliki non-muslim.

Sumber: Fiqah Berinteraksi dengan Non-muslim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Ucapan Selamat Hari Raya!

Merry Christmas! Happy Chinese New Year! Happy Deepavali!

Biasanya non-muslim mengucapkan ucapan selamat dan tahniah sempena hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Jadi, atas dasar membalas kebaikan mengikut kadarnya, wajar bagi umat Islam mengucapkan sedikit ucapan.

Surah Al-Nisa', ayat 86 maksudnya;
"Dan apabila kamu dihormati dengan penghormatan, balaslah ia dengan cara yang lebih baik atau sekadar membalasnya."

Jenis ucapan selamat:
1.) HARUS
Ucapan yang tidak mengandungi rasa redha dengan agama lain tetapi sekadar melahirkan kemesraan
Contoh: "Semoga sihat sejahtera", "Semoga mendapat kebaikan"
2.) HARAM
Terdapat unsur keredhaan terhadap agama kufur.
Contoh: "Semoga dimuliakan pada hari raya ini", "Hari raya ini adalah hari mulia"

Sumber: Fiqah Berinteraksi Dengan Non-muslim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kongsi Raya, Rumah Terbuka!

Saya kongsi kan sikit perbincangan hukum berkongsi sambut perayaan non-muslim daripada buku "Fiqah Berinteraksi dengan Non-muslim" secara ringkasnya.
  • Persoalannya: Haruskah orang Islam sambut perayaan orang bukan Islam atau kongsi perayaan seperti "Deepa Raya" dan "Kongsi Raya"?
  • Hanya Islam agama yang diredhai Allah dan kita tidak boleh redha dan rela dengan agama lain. 
  • Jangan anggap semua agama sama sahaja kononnya semua menyuruh kepada kebaikan.
  • Tidak harus seorang muslim menghadiri perayaan agama lain.
  • Islam bukanlah menganjurkan umatnya membenci penganut agama lain. Islam mahukan keharmonian dalam masyarakat.
  • 2 syarat memenuhi jemputan perayaan non-muslim;
              
             (1) Lokasi jemputan
                   Jika jemputan di gereja atau kuil, jemputan ini tidak wajar diterima kerana ia satu simbolik kepada perayaan agama dan seolah kita redha dengan agama tersebut. Tapi, satu sudut yang lain dimana ia dibuat di rumah non-muslim atau dewan, maka ia tidak lagi melambangkan perayaan agama semata-mata tetapi sudah bercampur dengan program sosial dan masyarakat. Maka ketika ini, tak salah muslim menghadiri jemputan rumah terbuka sempena perayaan agama lain dengan niat menhubungkan tali persahabatan, kejiranan dan sebagainya. Biasanya ketika ini, tiada upacara agama melainkan ucapan, ramah-mesra dan makan-makan sahaja.

              (2) Bukan bertujuan mengagungkan agama lain
              Membesarkan agama lain adalah satu kesalahan besar dalam Islam. Tujuan hadir hanya untuk aktiviti masyarakat dan bersahabat.


               




Sumber:  Fiqah Berinteraksi Dengan Non-muslim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kita dengan non-muslim

Malaysia ni memang lain daripada yang lain - rakyat pelbagai kaum. Islam tak larang kita untuk berkawan dengan non-muslim. Tapi, mestilah ada batasnya. Kadang-kala kita mungkin terlepas pandang terhadap beberapa perkara.

Jadi, macam mana nak bergaul dengan rakan, jiran tetangga dan  ahli keluarga yang bukan Islam tanpa abaikan syariat? Kita boleh cari jawapan kepada persoalan ni dalam buku "Fiqah Berinteraksi dengan Non-muslim" tulisan Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.


Buku ni berikan gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Perbincangan meliputi pelbagai masalah dan situasi yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Penyelesaian dan penerangan hujah yang mudah difahami, diiringi firman Allah dan hadis sahih. Sumber rujukan berguna buat semua.

Dua belas bab meliputi fiqah iman dan agama; bersaudara, berjiran dan berkawan; makanan; kenajisan anjing, pengharaman khinzir dan arak; perkahwinan, perubatan, muamalah, aurat, menganut agama Islam serta fiqah siasah.

Antara persoalan-persoalan menarik yang dibincangkan termasuklah;
  • hukum berkongsi sambut perayaan non-muslim
  • ucapan tahniah sempena perayaan agama lain
  • muslim masuk rumah ibadah agama lain
  • non-muslim masuk masjid
  • menjawab salam non-muslim
  • tinggal serumah dengan non-muslim
  • nafkah ibu bapa non-muslim
  • non-muslim belanja makan
  • jamuan di rumah non-muslim
  • majlis berbuka puasa bersama non-muslim
  • produk makanan keluaran syarikat non-muslim
  • kelapa yang dipecah sempena deepavali
  • daging korban dimakan oleh non-muslim
  • menyentuh tempat yang disentuh anjing
  • rumah yang pemilik sebelumnya membela anjing
  • samak mulut kerana termakan daging khinzir
  • daging lembu dijual bersebelahan dengan daging khinzir
  • baja najis khinzir
  • jamuan yang hidangkan arak
  • menghantar anak kecil ke pusat asuhan non-muslim
  • muamalah dengan syarikat yahudi
  • rumah/ premis perniagaan milik muslim disewa kepada non-muslim
  • terima organ daripada non-muslim
  • bercinta/ berkahwin dengan non-muslim
  • tukar nama kerana masuk Islam
  • hukum murtad

Kenapa anda perlu baca buku ini?
  • Penerangan lengkap tentang tatacara bergaul dengan mereka yang bukan Islam.
  • Ilustrasi bercorak humor dan berinformasi.
  • Mengutarakan contoh permasalahan semasa.
  • Mengandungi anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman.
Siapa perlu baca buku ini?
  • Anda yang mempunyai rakan non-muslim di sekolah, jiran tetangga atau di pejabat.
  • Saudara baru atau mempunyai ahli keluarga bukan Islam.
  • Guru-guru, ibu bapa dan anak-anak agar dapat memahami pergaulan bersyariat.
  • Non-muslim juga harus memahami batas pergaulan dan adab pergaulan Islam agar masyarakat majmuk hidup terus bermuhibah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Wardina: PhD Sebelum Usia 40

Majalah Anis Disember 2010
Lagi cerita Wardina, kali ini dalam majalah Anis keluaran Disember 2010. Selain sibuk menguruskan keluarga dan juga kerjayanya Wardina kini juga sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana muda di salah sebuah IPTS.

Malah, beliau sebenarnya sedang mencabar dirinya untuk mencapai PhD sebelum usia 40 tahun. Samalah jugak seperti saya yang mempunyai sasaran untuk bergelar pemegang PhD sebelum usia 30 tahun. Semoga kita sama-sama mencapai apa yang dihasratkan.


Malah Wardina juga kini bergelar seorang penulis. Dua buah buku hasil tulisan beliau termasuklah,


Siapa alien?

Antara komen yang diberikan kepada buku Mama, saya lapar...


Kata Wardina:
            "Saya menyintai kanak-kanak, saya menyintai buku! Saya berharap anak-anak Malaysia akan gemar membaca dan saya pasti anda akan menggemari buku saya ini insyaallah!"

Wardina juga telah dilantik sebagai ikon membaca bagi U-library Perpustakaan Negara. 

Sumber: 
Majalah Anis Disember 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Wardina: Ibu Sepenuh Masa

Saya memang kagum dengan Wardina, salah seorang yang menjadi sumber inspirasi saya, seorang ikon muslimah berkerjaya. Teringat waktu mula-mula dulu Wardina keluar TV, apa lagi Spanar Jaya la...watak Misha.

Kemudiannya beliau menamatkan zaman bujang dan berhijrah ke imej baru yang ternyata sangat sesuai dengan dirinya. Setelah itu, saya melihat Wardina sebagai seorang yang matang, berkaliber dan petah berkata-kata.

Tiba-tiba pulak keluar topik pasal Wardina nih. Bukan apa, saya baru saja pergi ke perpustakaan awam negeri, pastu nampaklah majalah Nona keluaran Disember 2009, (dah lama dah majalah ni) cover story Wardina, Aida Rahim dan Datin Juma.

Dipetik daripada majalah tersebut,

"Dia ibarat seorang wanita berhijab yang jelita. Jika tangan sebelahnya mengendong dan menyusukan anak, dia masih boleh menggenggam pembesar suara, menjinjit buku ilmiah dan membaca skrip dalam masa yang sama."

Saya tertarik dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Wardina dalam majalah ini. Antaranya termasuklah,


1.) I always say I am a fulltime mum and part time in everything.

Suka sangat dengan statement dia nih...amat bermakna, walau apa-apa pun anak menjadi keutamaan. Just love "fulltime mum". Harap nanti, saya pun dapat menjadi seorang  fulltime mum ( ia berbeza dengan fulltime housewife)

Amna, Azra dan Imran - Amanah Allah kepadanya dan suami - Wardina

2.) Tudung bukan fesyen tapi ia adalah suatu tuntutan buat wanita Islam. Cuma kini, tudung telah difesyenkan.

Setuju dengan kata-kata Wardina ni sebab tudung memang bukan fesyen dan bukan tujuan asal bertudung ialah untuk berfesyen. Bertudung (menutup aurat) itu adalah wajib dan menjadi tuntutan agama kepada wanita Islam. Tentunya penuh dengan hikmah mengapa ia disyariatkan. Cuma kini fesyen untuk mereka yang bertudung sedang berkembang tetapi berfesyenlah selagi anda mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3.) Saya percaya bahawa tudung adalah satu "statement" diri wanita Islam yang menyatakan cinta kepada agama. Maka cinta itu kita zahirkan daripada segi luaran. Hakikatnya yang dalam itu lebih utama...hijabkan hati daripada perkara-perkara yang tidak baik, daripada dengki dan iri hati, sifat riak dan sombong. Jangan bertudung tapi tak solat kerana tudung itu cuma pakaian. Yang paling penting ialah ilmu dan iman di dalam.

Pada saya dengan bertudung itu sudah semestinya memenuhi tuntutan agama. Dengan imej bertudung, ia dapat menhindarkan saya daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik kerana imej bertudung ini akan sentiasa mengingatkan saya tentang siapa saya. Ia melambangkan diri saya, ibubapa dan keluarga saya serta agama saya.

Sebagai contoh adalah sesuatu yang kekok apabila seseorang yang bertudung mengunjungi kelab malam. Imej bertudung itu sendiri akan menjauhkan seseorang itu dengan perkara-perkara munkar. Insyaallah.

4.) Malah saya berharap untuk berjumpa dengan lebih ramai orang yang mampu memberikan inspirasi dalam hidup.

Salah seorang yang memberikan inspirasi kepada saya adalah Wardina. Beliau membuktikan seorang wanita berkarier mampu untuk menjadi seorang isteri, ibu dan pelajar pada masa yang sama. Cita-cita dan cinta mampu bersatu. Saya juga berharap agar dapat bertemu dengan ramai lagi yang akan menjadi sumber inspirasi kepada saya.

Sumber: Majalah Nona Disember 2009

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Wanted !

Salah satu buku yang termasuk dalam Wanted List saya. Perkara pertama : tertarik dengan tajuk buku ni. Kenapa perkara baik selalu terjadi kepada orang yang baik? Rasa nak tau apa pendapat orang puteh ni pasal tajuk ni. Lagipun pepatah melayu pun ada menyebut "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat"


Macam mana boleh masuk dalam list? Dari page facebook "syurgadidunia". Setuju dengan penulis blog "syurgadidunia" ni. Beliau baru saja beli buku ni tapi sebelum baca sepenuhnya pun beliau dah tau jawapan untuk soalan tu (rujuk kepada tajuk buku). Jawapannya daripada Surah Al-Isra', ayat 7.

         "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."
____________________________________________________

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Adakah anda seorang biblioholis? Jawab 10 soalan berikut.

Mungkinkah anda seorang biblioholis? Jawab 10 soalan berikut.

1.) Pernahkah anda pergi ke kedai-kedai buku dan membeli buku yang anda minati, kemudian pulang ke rumah dan menyedari anda telah pun mempunyai buku tersebut dan telah membeli buat kali kedua?

2.) Apabila anda pergi ke kompleks beli-belah, tempat pertama yang anda kunjungi ialah kedai-kedai buku, kemudian barulah kedai-kedai lain?

3.) Pernahkah anda menghadapi suatu keadaan di mana anda tidak mengingati banyak mana buku yang anda ada dan jumlah wang yang dihabiskan untuk buku?

4.) Pernahkah anda ke pasar atau ke mana sahaja yang tujuannya untuk membeli barangan keperluan atau produk lain yang bukan buku, tetapi akhirnya membeli buku-buku sehingga "mengacau" bajet yang sepatutnya diperuntukkan untuk membeli barangan keperluan?

5.) Pernahkah anda berjaya mendapat buku yang anda ingini di kedai buku ketika pekerja kedai buku gagal mencari atau mendapatkannya?

6.) Pernahkah anda menonton TV dengan buku di riba anda, khususnya apabila ada commercial break, atau ketika menonton siaran bola sepak dengan anda memperlahankan "suara" siarannya?

7.) Pernahkah anda menyedari bahawa anda telah membeli terlalu banyak buku yang tersimpan di perpustakaan peribadi, tetapi satu pun anda tidak sempat membacanya?

8.) Pernahkah anda membeli buku semata-mata kerana ada jualan murah atau diskaun yang tinggi?

9.) Pernahkah anda mengembara atau bertugas di luar kawasan tanpa pernah melupakan buku di dalam beg anda?

10.) Pernahkah isteri/suami anda atau orang tersayang menegur anda kerana terlalu banyak membeli buku sehingga beranggapan tiada "benda" lain lebih penting lagi melainkan buku?

Sekiranya beberapa senario di atas pernah berlaku pada anda, maka anda sebenarnya merupakan seorang biblioholis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Koleksi Terbaru

Memang pecah rekod jugak lah sebab hari tu beli 9 buah buku sekaligus dan tambahan 2 lagi majalah. Hari tu memang dah tak boleh tahan dah, ketagihan sangat nak beli buku baru. Saya pun pergi ke kedai buku USM, antara kedai buku yang selalu menjadi pilihan utama. Lagipun kat situ ada diskaun 10%. 

Lepas habis sejam lebih jugak lah berkampung kat situ, akhirnya ada lebih kurang 13 buah buku yang tersenarai ke peringkat akhir iaitu proses pembelian dan pembayaran. Niat asal sebenarnya nak cari buku-buku dalam Wanted List tapi akhirnya jumpa 2 buku saja, yang lain semuanya diluar senarai.

Oleh sebab tak cukup bajet hanya 9 buku yang terpilih. Nak tahu hari tu belanja berapa? Hehehe...beberapa keping duit 50 ringgit jugaklah, > RM 200. Maklumlah gaji pun baru masuk, tapi yang pentingnya lepas tu memang rasa puas sangat...

Antara buku-buku dan majalah yang dibeli termasuklah;











____________________________________________________

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Lagi Cerita Pencinta Buku II

Kali ini pula cerita pencinta buku yang luar biasa dari peradaban Islam. Cerita Al-Jahiz, seorang penjual roti yang amat mencintai ilmu dan gemar membaca. Pada waktu malam, beliau selalu menghabiskan masanya dengan berwacana dengan para ulama dan membaca buku di perpustakaan peribadinya.

Kegigihannya menyebabkan beliau terkenal dalam kalangan para ulama sehingga mampu menjadi sasterawan tersohor. Beliau pernah menggambarkan "lautan" bukunya itu kepada sorang teman dengan menyatakan;

"Buku itu diam apabila engkau mengkehendakinya diam, berbicara apabila engkau mengkehendakinya berbicara. Ia tidak akan mengganggu kalau engkau sedang bekerja tetapi apabila engkau berasa kesepian, ia akan menjadi temanmu yang baik. Engkau tidak perlu marah dan berkecil hati kepadanya. Ia merupakan teman yang tidak menipu atau bermuka dua."

Kata-kata beliau ini sangat bermakna dan ia telah menjadikan salah satu daripada kata-kata semangat yang sangat saya suka. 

Namun begitu, malangnya buku-buku yang dimuliakan Al-Jahiz itulah yang menyebabkan kematiannya. Berdasarkan satu cerita, Al-Jahiz lazimnya menyusun buku-buku di rak selepas digunakan. Rak-rak buku ini amat tinggi dan selalunya beliau akan duduk di tengah-tengah.

Pada waktu itu, usianya telah lanjut dan beliau sering sakit. Ketika beliau sedang menelaah buku, tiba-tiba tanpa disangka buku-buku dari rak yang tinggi telah jatuh lalu menghempapnya. Hal ini menyebabkan kematian beliau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Lagi Cerita Pencinta Buku

Beberapa cerita lain lagi tentang pencinta buku sejati termasuklah Don Vincente, berbangsa Sepanyol dan hidup pada zaman 1830-an. Beliau sanggup mencuri buku sehingga akhirnya dipenjarakan. Tapi jangan ikut cara Vincente, ilmu tidak berkat nanti.

Sun Ching, berbangsa Cina dan hidup pada abad ke-10 Masihi pula sanggup mengikat rambutnya yang panjang pada tiang katil untuk menjaga kepalanya supaya terus tegak dan dapat membaca. Memang pelik betul. Saya pernah tonton satu babak dalam satu filem cina (dah tak ingat dah filem apa) yang gunakan teknik ala-ala Sun Ching.

Seterusnya, cerita seorang berbangsa Belanda bernama Frederik Hickles. Beliau sanggup menyorokkan buku di sebuah toko buku di Amsterdam, supaya orang lain tidak dapat membelinya. Maklumlah buku tu cuma ada satu naskhah saja dan beliau pula tak cukup duit nak beli buku tu pada masa tersebut. Sejujurnya, situasi ni pernah jugak berlaku pada saya. He...he...he...Nasib baik buku tu masih ada lagi waktu nak beli kemudiannya.

Satu lagi cerita menarik ialah mengenai Thomas Haerne yang suka membaca sambil berjalan pada waktu petang. Beliau beberapa kali terjaga daripada keasyikan membaca tatkala rembang senja mulai kelihatan. Akhirnya, barulah beliau menyedari bahawa dirinya dah tersesat jalan. 

Teringat pula pengalaman saya dulu yang pernah asyik dengan sebuah novel klasik ni tapi dah tak ingat tajuk novel tu. Memang susah nak berhenti baca...sangat asyik membaca, sampai nak masuk bilik air pun, masih lagi membaca sambil berdiri di depan bilik air dan kemudian sampai la dah tak tahan...hahaha. Satu-satunya buku yang saya baca sambil berjalan di pasar malam.


Seorang lagi pencinta buku iaitu Lord Thomas Babington Macaulay yang suka membaca buku sambil berjalan kaki tanpa mempedulikan pejalan kaki yang ramai di kota London. Apa yang menariknya, percaya atau tidak, Macaulay mampu berjalan sambil membaca lebih cepat daripada orang lain.



Semoga kita selalu membaca untuk mendapatkan ilmu yang baru walau di mana juga berada.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Cerita Pencinta Buku

Sebenarnya terdapat banyak cerita mengenai pencinta-pencinta buku ataupun biblioholis ini. Sama ada yang aneh mahupun yang pelik. Saya lebih suka menggelar mereka ini sebagai pencinta buku sejati ataupun biblioholis sejati. Apa yang pasti tahap biblioholis saya belum lagi sampai ke tahap sejati seperti mereka ini.

Salah satu daripada cerita pencinta buku sejati ialah cerita seorang pakar perundangan Perancis pada abad ke-18 yang bernama Antoine Marie Henri Boulard. Beliau lahir pada September 1754 di Paris dan meninggal dunia pada 6 Mei 1825 pada usia 71 tahun. Beliau begitu bernafsu untuk membeli buku sehinggakan tiada lagi ruang untuk menyimpan buku di rumahnya. Tak tahulah sebesar mana rumahnya ini? Tapi...nak tahu apa pulak yang terjadi kemudiannya?

Akhirnya, beliau terpaksa membeli 6 buah rumah lagi untuk menyimpan buku-bukunya. Jadi, bayangkanlah...berapakah jumlah buku beliau? Tentu tak terkira. Tetapi dikatakan koleksi buku beliau mencecah lebih daripada setengah juta. Setakat ni, tak pernah lah lagi jumpa orang yang macam nih. Ada yang mengatakan beliau meninggal dunia kerana penyakit radang paru-paru. Ada juga yang mengatakan beliau dihempap oleh timbunan bukunya.


Gambaran Boulard dan buku-bukunya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Pesona Dunia Pencinta Buku

Antara buku-buku yang dicadangkan untuk menyelami kepesonaan dunia pencinta ilmu termasuklah Biblioholism: The Literary Addiction (2001) oleh Tom Raabe, A Gentle Madness : Bibliophiles, Bibliomanes, and the eternal Passions for Books (1999) oleh Nicholas A. Barbanes, Patience and Fortitude (2003) juga ditulis oleh Nicholas A. Barbanes, So Many Books (2004) oleh Gabriel Zaid, A Passion for Books (1999) oleh Harold Rabinowitz dan banyak lagi buku-buku lain yang boleh dibaca.

Biblioholism: The Literary Addiction

A Gentle Madness: Bibliophiles, Bibliomanes, and the Eternal Passions For Books

Patience & Fortitude

So Many Books

A Passion For Books

Semua buku ni masih lagi berada dalam "Wanted List" saya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Biblioholisme

Pernah dengar tak perkataan "biblioholisme" ni?

Pertama kali mengenali perkataan ini ketika membaca satu artikel bertajuk "Kalau Ketagih Membaca" dalam KOSMO bertarikh 3 Mei 2006 ditulis oleh Shaharom TM Sulaiman. Beliau merupakan bekas seorang pustakawan di Perpustakaan Negara Malaysia dan juga seorang pensyarah di UiTM. Kenapa artikel ini menarik? Sebab saya juga seorang biblioholis walaupun tak 100% biblioholis sejati. 




Sebenarnya biblioholisme ni boleh juga dianggap sebagai satu "penyakit". "Pesakitnya" adalah seorang yang "rakus" membaca, "tamak" mengumpul buku dan "gila" membeli buku. Mereka ini digelar biblioholis. Ada juga yang menggelar mereka sebagai biblioholic (mengambil contoh alcoholic untuk penagih alkohol dan workaholic untuk yang gila bekerja). Namun begitu, aku lebih suka menggunakan istilah pencinta buku. 

Ada yang mendefinisikan biblioholisme sebagai kecenderungan luar biasa dalam membeli, membaca, menyimpan dan mengagumi bahan bacaan. Secara ringkasnya, mengikut kata Shaharom TM Sulaiman, biblioholisme dapat diertikan sebagai kecanduan luar biasa terhadap buku, bahan bacaan dan dunianya.

Dikatakan dunia pencinta buku agak berbeza dengan dunia pembaca biasa. Mereka bukan sekadar membaca tetapi "lahap" membaca, bahkan jauh lebih ekstrem, mereka sudah "terhumban" ke dalam dunia "ekstasi membaca".

Satu perasaan yang sukar digambarkan.

Apa yang pasti, berada dalam timbunan buku-buku sudah cukup untuk memberikan kepuasan kepada biblioholis. Saya sangat setuju dengan kenyataan ini. Ia merupakan satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Perpustakaan idaman

Dah lama dah berimpian untuk memiliki perpustakaan sendiri. Memang rasa teruja sangat untuk memiliki buku yang banyak. Hari tu ke kedai buku Gramedia, lepas tu terjumpa satu majalah dekorasi yang khas bincangkan tentang perpustakaan rumah. Walau bagaimanapun, majalah ini merupakan majalah Indonesia, jadi semua diskusinya menggunakan bahasa Indonesia. Boleh lah faham jugak...


Majalah Seri Rumah Ide: Home Library


Cerita Seorang Pensyarah
Salah satu perpustakaan yang saya suka ialah kepunyaan seorang pensyarah atau dalam bahasa Indonesia dipanggil dosen. Memang banyak sangat koleksi beliau. Beliau telah memilih satu ruang atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai satu bilik untuk dijadikan perpustakaan peribadinya. Untuk keselesaan, beliau turut menempatkan set sofa dan juga televisyen. Malah, terdapat juga ruang untuk pejabat kecilnya.

Satu perkara yang menarik di sini ialah beliau sebenarnya pernah mempunyai masalah untuk menyimpan koleksi buku-bukunya. Malah, beliau memilih untuk membeli saja buku yang diperlukan daripada mencarinya di rak buku. Kemudiannya, barulah menyedari bahawa beliau banyak mempunyai 2 naskah buku yang sama.

Akhirnya, suami beliau mencadangkan agar buku-buku itu dikelola dengan lebih teratur. Jadi, beliau meminta bantuan seorang staf perpustakaan di kampusnya untuk membuat pengategorian koleksi bukunya.

Best sangat...banyaknya buku.
Ada sofa dan tv jugak.


Ruang Koridor
Contoh perpustakaan ni pun best jugak. Menarik dan unik. Rak buku dan tingkap menggunakan unsur kayu dan papan. Kemudian ada pula unsur hijau dan permandangan alam semula jadi.  Lebih santai dan relaks. Kalau dah letih membaca, boleh rehat-rehatkan mata dan minda dengan menikmati udara yang segar dan juga kehijauan alam sekitar.


Satu ruang yang menarik untuk dijadikan perpustakaan.
Lebih bersifat alam semula jadi.

Rak Buku Tertutup
Buku-buku mungkin lebih mudah untuk dijaga jika diletakkan di rak buku yang tertutup. Tapi apa yang tak best sangat pasal rak buku tertutup ni ialah tak nampak koleksi buku kita. Semangat nak membaca tu pun dah jadi lain sikit. Yelah...rak asyik tertutup saja.

Tapi contoh untuk rak tertutup ni best jugak. Walaupun menggunakan rak yang tertutup tapi buku-buku masih dapat dilihat dari luar kerana menggunakan pintu kaca yang lutsinar. Rekaan rak buku atau boleh la jugak dipanggil sebagai almari buku ini lebih moden dan ringkas.


Walaupun bertutup tetapi buku-buku masih dapat dilihat daripada luar.


Contoh-Contoh Lain


Satu ruang yang amat selesa bertemakan putih.

Beberapa contoh lagi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Iqra'

Minat terhadap membaca telah lama sebati dalam diri ini sejak kecil lagi. Kalau dulu, suka sangat baca majalah Dewan Pelajar. Tiap-tiap bulan beli. Sekarang ni dah kerja, jadi boleh beli buku banyak lagi. Apa yang syok sangat bila membaca?

Wahyu pertama juga tentang membaca, Iqra'. Surah Al-'Alaq, ayat 1 hingga 5:


Maksudnya:



Tentunya membaca ni mempunyai seribu satu hikmah. Apa yang pasti bacaan utama tentulah kitab yang agung, Al-Quran.

           "Membacanya merupakan sebuah kunci untuk membaca kerajaan langit dan bumi serta segala isinya, mengetahui rahsia alam seperti bintang, matahari, bulan, galaksi, lautan, awan, hujan, kilat, petir, dingin panas, bongkahan ais, dunia binatang (yang jumlahnya hanya Penciptanya sahaja yang tahu), gunung-ganang yang beraneka ukuran dan warnanya, sungai-sungai yang mengalirkan kehidupan, menyatukan gunung, lembah dan lautan yang membantu kehidupan manusia dan binatang dengan air kehidupan, dan akhirnya menjadi sarana manusia untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain." 
(Dr. 'Aidh bin Abdullah bin Al-Qarni dalam Aku, Buku dan Cinta)


Namun, semakin banyak yang dibaca, semakin banyak pulak lagi yang tak diketahui kerana ilmu Allah ini luasnya tidak terhingga.

Semoga kita dapat bersama-sama berkongsi kelebihan, kesoronakan dan keasyikan membaca.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Bismillahirrahmanirrahim ...

Salam buat semua... Kemunculan AKU, BUKU DAN CINTA  ini tidak dijangka. terdapat bebrapa faktor yang merangsang saya untuk terlibat dalam dunia blogger ini. AKU, BUKU DAN CINTA ini akan menjadi wadah untuk saya berkongsi ilmu dan keseronokkan membaca.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0